Kebersamaanmu UPSR 2013

 

20130910_074626 20130910_073150

SKFM1  10 Sept.2013  –  Seramai 36 calon telah menduduki UPSR mulai 10 hingga 12 September 2013. Pada tahun ini, selain daripada persediaan rapi dari segi mental dan ilmu kepada calon-calon oleh guru-guru tahun 6; sokongan padu juga diperolehi semua ibu bapa dan pihak Seketrait Pendidikan Parlimen Pagoh yang menyumbang peralatan tulis dan sarapan pagi kepada calon-calon UPSR. Sumbangan tenaga dan wang ringgit daripada Badan Kecemerlangan UPSR 2013 serta komuniti lain telah diperolehi pihak sekolah dalam pelaksanaan sarana ibu bapa. Semoga kecemerlangan dicipta hasil usaha gigih semua pihak dengan penuh keikhlasan.

 

20130910_091118 20130910_091048

Advertisements

Program Sentuhan Hati Permata

IMG-20130903-WA0012

SKFM1 3 Sept.2013 –  Seramai 8 orang murid telah mengikuti program Sentuhan Hati Permata anjuran PPD Segamat ( Unit Akademik) pada 2 Sept 2013 di Hotel Villa Segamat. Mereka yang terlibat terdiri daripada murid yang mendapat 5A dalam percubaan UPSR baru-baru ini. Tahniah dan syabas kepada murid yang berjaya, teruskan kecemerlangan anda.

MAJLIS RESTU ILMU

SKFM1 3 Sept 2013  – Majlis ini berlangsung pada Isnin 2 Sept. 2013 di Dewan Bestari SKFM1. Penceramah jemputan Tn.Hj Ismail bin Salam (Pegawai Dakwah Pej.Agama Daerah Segamat). Objektif program:

1. Memohon keberkatan untuk murid atau calon UPSR dalam menghadapi peperiksaaan.

2. Membina kematangan berfikir, bersyukur dan berterima kasih kepada yang memberi ilmu.

3. Membina hubungan erat antara murid,guru dan ibu bapa ke arah merestui ilmu bagi kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.

HARAPAN AYAH BONDA :  Mengharapkan anaknya berakhlak mulia, sihat rohani dan jasmani. Mengharapkan anaknya berjaya dan cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan kerjaya. Seterusnya berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.

HARAPAN GURU   :  Mengharapkan anak muridnya mencapai kecemerlangan diri dalam semua bidang serta memberi manfaat kepada semua orang.